Amalan pemakaian minyak wangi bukan sekadar bertujuan menambat deria bau tetapi fungsinya lebih kepada personaliti seseorang.
Minyak wangi ibarat ceritera di sebalik aroma, kadangkala ia umpama puisi dalam lipatan memori pemakainya.
Malah, ia mempunyai matlamat menyuntik imej yang baik buat diri si pemakai supaya tampak menyenangkan dan selesa didekati.
Minyak wangi mampu menggamit ingatan seseorang terhadap kenangan silam, lokasi dan individu tertentu yang pernah melewati kehidupan kita.
Lahir dalam memberi impak baharu dalam imej diri seseorang, wangian terbaharu daripada Amouage, Portrayal Woman mencerminkan keunikan dan ketulenannya dalam menawarkan penggemar wangian dengan ramuan yang cukup menggetarkan jiwa.
Gabungan tembakau Craven A dengan debuan vanila menjadikan ia sebagai wangian yang mempesonakan.
Disatukan dengan bunga melur sebagai haruman dasar, adunan ramuan sebati ini berupaya menghidupkan semula semangat dan bebas umpama burung terbang.
Wangian flora ini sesuai untuk wanita yang tenang dan yakin, tetapi anggun dan berani menongkah arus.
Wangian istimewa ini turut disemarakkan dengan sentuhan keghairahan aroma bunga sundal malam memberi impak menggoda kepada si pemakai.
Bukan saja menawarkan wangian menusuk kalbu, malah ia disemarakkan dengan penggunaan botol kaca kristal lambang keunggulan jenama ini dalam kemasan mutiara dan dihiasi permata biru kristal Swarovski.