Ahad, 21 Ogos 2022 | 2:09pm
Kavita wajah dan ‘muse’ untuk koleksi Rizman Ruzaini Red kali ini. - Foto/Ihsan Rizman Ruzaini
Kavita wajah dan ‘muse’ untuk koleksi Rizman Ruzaini Red kali ini. - Foto/Ihsan Rizman Ruzaini

31 koleksi busana gah Rizman Ruzaini hangatkan KLFW 2022

KUALA LUMPUR: Tak lengkap Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) tanpa kehadiran rekaan duo pereka fesyen, Rizman Ruzaini, lantas rekaan mereka gah menghangatkan pentas peragaan fesyen edisi 2022, pada Jumaat lalu.

Tahun ini, pereka duo itu mengetengahkan 31 koleksi Rizman Ruzaini bertemakan Red Spring Summer 2023.

Seperti tahun sebelumnya, himpunan ini memfokuskan kepada rekaan mewah dengan perincian eksklusif bersama mainan rona merah, putih, hitam dan nude.

Koleksi ini adalah himpunan 'ready to order'. Malah model, Kavita Sidhu turut disunting sebagai wajah dan 'muse' untuk koleksi Rizman Ruzaini Red kali ini.

Kavita diberi penghormatan melakukan 'acara pembukaan' pada pertunjukan berkenaan.

"Sepanjang kerjaya kami dalam dunia fesyen, boleh dikatakan inilah pertunjukan fesyen terbaik. Inilah juga pertunjukan yang saya rasa paling 'free' dan tenang tanpa ada tekanan.

Rona putih dengan suntikan bulu menambah anggun koleksi diperagakan. - Foto/Ihsan Rizman Ruzaini
Rona putih dengan suntikan bulu menambah anggun koleksi diperagakan. - Foto/Ihsan Rizman Ruzaini

"Kejayaan malam ini adalah kejayaan pasukan kerja kami. Saya bersyukur kerana saya sudah mampu melepaskan banyak tugasan penting kepada mereka. Tahniah untuk semua team kami," kata Rizman Nordin mewakili jenama itu.

Rizman juga menambah, pertunjukan malam itu juga sangat istimewa kerana mengangkat kembali kegemilangan wajah tempatan dalam dunia peragaan.

"Inilah salah satu laluan untuk kami menzahirkan penghargaan buat mereka yang banyak berjasa dalam industri fesyen tanah air.

"Tanpa mereka, kami bukan sesiapa. Begitulah juga pelanggan dan peminat jenama kami yang menjadi nadi dari dulu hingga kini," kata Rizman.

Pereka duo Rizman (kanan) dan Ruzaini
Pereka duo Rizman (kanan) dan Ruzaini

Pertunjukan yang berlangsung gemilang semalam turut dihadiri kira-kira 400 tetamu yang terdiri daripada tetamu VIP, rakan media, selebriti, pempengaruh sosial, pemain industri, pereka fesyen tempatan, pelanggan setia mereka, dan pemenang RR Mono Scarves Challenge.

Menariknya pada pertunjukan Rizman Ruzaini Red Spring Summer 2023 ini adalah barisan peragawati yang diketengahkan terdiri daripada wajah lokal kesemuanya.

Lebih mengujakan apabila kali ini membawakan model selebriti lagenda untuk menggegarkan pentas KLFW, Jumaat lalu.

Mereka ialah Nasha Aziz, Tengku Azura, Anita Aziz, Amber Chia, Karmen Khor dan peragawati veteran era 70an, Shashah Hamid yang kini berusia 68 tahun.

Antara koleksi Rizman Ruzaini bertemakan Red Spring Summer 2023 diperaga di KLFW 2022
Antara koleksi Rizman Ruzaini bertemakan Red Spring Summer 2023 diperaga di KLFW 2022

Rata-rata selebriti dan tetamu yang hadir melahirkan rasa bangga terpilih menjadi antara barisan terawal melihat himpunan pereka berkenaan.

Ia antara koleksi yang sangat stylish, elegan dan sofistikated selari dengan konsep 'luxe' yang mahu diketengahkan.

Koleksi gah hangatkan pentas KLFW 2022.- Foto/Ihsan Rizman Ruzaini
Koleksi gah hangatkan pentas KLFW 2022.- Foto/Ihsan Rizman Ruzaini

Berita Harian X