Rabu, 2 Jun 2021 | 1:58pm
Bagi Salman Khan bersenam di gim bukanlah rahsia utama untuk kekal cergas. - FOTO beingsalmankhan
Bagi Salman Khan bersenam di gim bukanlah rahsia utama untuk kekal cergas. - FOTO beingsalmankhan

Tip tubuh sasa Salman Khan

Aktor Bollywood, Salman Khan bukan saja terkenal dengan lakonan yang mantap malah dia turut dikenali sebagai seorang yang aktif bersenam.

Tubuh badan yang tegap membuktikan dia cergas, sentiasa menjaga kesihatan diri selain turut memotivasikan individu lain untuk kekal sihat.

Berikut adalah tip dan rahsia di sebalik tubuh badan sasa yang dimiliki Salman Khan.

Bersukan

Bagi Salman Khan bersenam di gim bukanlah rahsia utama untuk kekal cergas namun ketika melakukan aktiviti itu harus memanaskan badan terlebih dahulu.

Rahsia utama kecergasan tubuh Salman ialah bersukan dan dia kerap bermain kriket bersama pasukannya berbanding bersenam di gim.

Ini kerana kriket memerlukan banyak aktiviti larian seterusnya membantu menjadikan tubuh badan lebih cergas dan aktif. 

Senaman Pilates

ImageKeterengan gambar: Salman melakukan senaman regangan. - FOTO beingsalmankhan

Pelakon Dabangg 3 ini juga mendedahkan senaman Pilates sangat membantu dalam membentuk tubuh yang cergas.

Senaman Pilates membantu menguatkan otot serta tulang belakang. Ia juga mampu meregangkan dan mengimbangi postur badan serta membantu proses pembakaran kalori dan pembentukan tubuh badan.

Gaya hidup

Bagi Salman Khan, gaya hidup dan tabiat makan berperanan penting dalam perjalanan kecergasan. Dia juga percaya 'kita adalah apa yang kita makan.'

Diet Salman Khan merangkumi karbohidrat dan protein. Pelakon itu juga mengelakkan pengambilan makanan ringan selain makan makanan masakan rumah sebanyak mungkin.

Namun apa yang lebih penting ialah disiplin tinggi dalam mencapai tubuh yang diinginkan.

Justeru, tidak hairanlah mengapa di usia 55 tahun pelakon hebat ini masih mampu mengekalkan kecergasan dan bentuk badan yang sasa serta masih tampil dengan filem terbaharu iaitu Radhe: The Most Wanted Bhai.

Filem aksi hebat

Filem yang dinanti peminat Bollywood ini bukan sahaja menampilkan Salman Khan sebagai hero tetapi dia juga selaku produser bersama Sohail Khan dan Atul Agnihotri.

Diarahkan Raja Tari, 'Prabhudeva', peminat turut berpeluang menyaksikan gandingan Salman Khan bersama aktres jelita, Disha Patani.

Tidak ketinggalan, aktor Jackie Shroff dan Randeep Hooda yang turut memegang antara watak penting dalam filem ini.

Radhe: Your Most Wanted Bhai mengisahkan bagaimana seorang pegawai polis bernama Radhe menangani kes sindiket dadah yang kian meningkat di Mumbai.

Kehebatan Radhe menyelesaikan kes jenayah dengan cara tersendiri yang membuatkan penjenayah berasa gerun sehinggakan sindiket dadah berkenaan berjaya ditumpaskan.

Saksikan Radhe: Your Most Wanted Bhai yang bakal ditayangkan menerusi laman sesawang dan aplikasi tonton CINEMA mulai 3 Jun 2021 dengan hanya RM15 sahaja.

Berita Harian X