Rabu, 11 November 2020 | 7:13pm
Mi 10T Pro adalah antara telefon pintar yang menawarkan diskaun istimewa sepanjang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 bersiaran. - FOTO Xiaomi
Mi 10T Pro adalah antara telefon pintar yang menawarkan diskaun istimewa sepanjang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 bersiaran. - FOTO Xiaomi

ABPBH 33 : Xiaomi tawar promosi istimewa

BAHANG Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 kian terasa apabila proses undian calon Top 20 menerusi laman web ABPBH 33 ditutup pada 8 November lalu.

Pastinya, peminat selebriti tanah air dan penggiat industri tidak sabar untuk mengetahui keputusan 18 kategori dipertandingkan pada malam kemuncak ABPBH 33 yang akan bersiaran secara langsung pada 13 November dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tahun ini, ABPBH 33 ditaja oleh syarikat elektronik multinasional China, Xiaomi yang ditubuhkan pada April 2010 dan beribu pejabat di Beijing.

Xiaomi melabur dalam pengeluaran telefon pintar, aplikasi mudah alih, komputer riba, perkakas rumah, beg, kasut, elektronik pengguna dan banyak produk lain.

Sebagai penaja utama ABPBH 33, Xiaomi akan berada di setiap sudut malam kemuncak penyampaian anugerah supaya anda tidak terlepas detik bersejarah dan sesi temu bual santai bersama Presiden Serantau Asia Tenggara Xiaomi, K M Leong di karpet merah yang dihoskan oleh Sissy Iman.

Sesi temu bual secara langsung itu turut menampilkan produk Xiaomi seperti Mi Induction Cooker dan Mi Air Purifier 3H selain Mi Robot Vacuum Mop sebagai 'Welcoming Buddy' (penyambut tetamu) hadirin dan selebriti jemputan di karpet merah.

Xiaomi Malaysia juga membawakan situasi belakang pentas ABPBH 33 seperti 'bloopers' dan detik lucu menerusi akaun TikTik Xiaomi Malaysia.

Tawaran hebat

Sepanjang ABPBH 33 berlangsung, Xiaomi Malaysia akan mengadakan Promosi Tawaran Hebat yang menawarkan penonton diskaun hebat untuk produk Xiaomi terpilih seperti telefon pintar, aksesori dan banyak lagi.

Penonton hanya perlu mengimbas kod QR yang akan dipaparkan sepanjang ABPBH 33 berlangsung untuk menikmati promosi berbaloi.

Malah, mengambil swafoto bersama mesej Tawaran Hebat ketika ABPBH 33 bersiaran dan memuat naik gambar berkenaan di laman Facebook Xiaomi Malaysia akan melayakkan penonton untuk memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu Mi Air Purifier 3H.

ABPBH 33 yang mengangkat tema #ABPBHKITA2020 mempertandingkan 13 kategori utama iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular, Artis Komedi Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.

Turut dipertandingkan adalah lima kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom, Artis Kontroversi Popular dan FC FANtastik Popular.

Jangan lupa untuk menyaksikan acara karpet merah ABPBH 33 secara langsung pada 13 November ini jam 8:30 malam di TV9 dan saluran YouTube TV9.

Malam kemuncak ABPBH 33 pula akan menyusul jam 9 malam di TV3 dan saluran YouTube TV3 yang dihoskan oleh Nabila Huda dan Datuk AC Mizal.

Berita Harian X