Isnin, 19 Januari 2015 | 12:12am
DAYANG Nurfaizah bersama Iman Imran meraih tempat ketiga AJL29. - Foto Ghazali Kori
DAYANG Nurfaizah bersama Iman Imran meraih tempat ketiga AJL29. - Foto Ghazali Kori
PERSEMBAHAN Stacy (berdiri tengah) pada AJL29. - Foto Ghazali Kori
PERSEMBAHAN Stacy (berdiri tengah) pada AJL29. - Foto Ghazali Kori
PERSEMBAHAN bertenaga Amy Search (kiri) bersama Bunkface pada malam AJL29 di Stadium Bukit Jalil. - Foto Ghazali Kori
PERSEMBAHAN bertenaga Amy Search (kiri) bersama Bunkface pada malam AJL29 di Stadium Bukit Jalil. - Foto Ghazali Kori

Lagu Apa Khabar Joe Flizzow, Sonaone juara AJL29

JOE Flizzow (kiri) dan SonaOne muncul juara pada AJL29 di Stadium Bukit Jalil, malam ini. - Foto Ghazali Kori
JOE Flizzow (kiri) dan SonaOne muncul juara pada AJL29 di Stadium Bukit Jalil, malam ini. - Foto Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Lagu Apa Khabar ciptaan SonaOne dan JoeFlizzow nyanyian  Joe Flizzow dan SonaOne mengungguli Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) yang disiarkan secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, sebentar tadi.

Kemenangan lagu itu melayakkan gandingan pencipta dan penyanyi berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

Lagu Apa Khabar didendangkan Joe Flizzow dan SonaOne dengan penuh emosi dan vokal memukau.

PERSEMBAHAN Dayang Nurfaizah pada malam AJL29 di Stadium Bukit Jalil. - Foto Ghazali Kori
PERSEMBAHAN Dayang Nurfaizah pada malam AJL29 di Stadium Bukit Jalil. - Foto Ghazali Kori

Naib juara dimenangi lagu Masih Aku Cipta nyanyian Shila Amzah ciptaan sepenuhnya oleh Shila Amzah serta membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Tempat ketiga dimenangi lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam Spider dan Imran Iman dendangan Dayang Nurfaizah. Hadiah ketiga berupa wang tunai RM20,000 dan trofi.

Vokal Terbaik turut menyaksikan kejayaan Dayang Nurfaizah yang membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

KUMPULAN Caliph Buskers menyampaikan lagu popular Kumpulan Mojo, Romancinta pada malam AJL29 di Stadium Bukit Jalil, malam ini. - Foto Ghazali Kori
KUMPULAN Caliph Buskers menyampaikan lagu popular Kumpulan Mojo, Romancinta pada malam AJL29 di Stadium Bukit Jalil, malam ini. - Foto Ghazali Kori

Persembahan Terbaik pula menjadi milik kumpulan Mojo menerusi lagu Romancinta dan turut memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.

Dihoskan AG HotFM dan Scha Alyahya, AJL29 menampilkan tema Gema Dalam Muzik tahun ini dan diserikan persembahan selingan hebat antaranya dari kumpulan Headwind, Tomok, Roni Hyperact dan peserta Mentor musim baru.

Anugerah Juara Lagu Ke-29 dipancarkan secara langsung di TV3 oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama.

Berita Harian X