Sabtu, 8 November 2014 | 1:55pm
SENIMAN M. Nasir atau Datuk Mohd Nasir Mohamed (kiri) berkongsi kegembiraan bersama isterinya Datin Marlia Musa (kanan) selepas memperoleh Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif) pada Istiadat Pemasyuran Canselor dan dan Konvokesyen ke-27 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu'adzam Shah. - Foto BERNAMA

M Nasir terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah

NAIB Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak (kiri) turut berkongsi kegembiraan bersama Seniman M. Nasir atau Datuk Mohd Nasir Mohamed (tengah) selepas memperoleh Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif) pada Istiadat Pemasyuran Canselor dan dan Konvokesyen ke-27 UUM di Dewan Mu'adzam Shah. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk M Nasir menjadi seorang daripada penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif di majlis konvokesyen ke-27 Universiti Utara Malaysia (UUM) pagi tadi yang diadakan di Dewan Muadzam Shah, Sintok, Kedah.

Perkara itu disahkan sendiri pihak pengurusan beliau di laman Facebook termasuk pengurusnya, Wan Firdaus Wan Ibrahim dan isteri beliau, Datin Marlia Musa. Marlia dan Wan turut menemani penyanyi berkenaan di sana.

M Nasir menerima penganugerahan berkenaan pada sesi pertama konvokesyen berkenaan yang berlangsung 10.30 pagi tadi. Penganugerahan terbabit diserahkan kepada individu berkaitan daripada pihak UUM atas sumbangan cemerlang mereka kepada masyarakat dan negara.

Anugerah Ijazah Kehormat adalah penghormatan tertinggi yang boleh diberi pihak Universiti sama ada Ijazah Sarjana atau Kedoktoran. Gelaran Kehormat ini memberi segala hak dan keistimewaan kepada calon berkenaan sebagai seorang ahli universiti.

M Nasir dalam perkembangan lain akan terbabit dengan Konsert Hati Emas Kembara yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya. Konsert Hati Emas Kembara dianjurkan Luncai Emas Sdn Bhd dan disokong Celcom Axiata Bhd.

Tiket konsert berdurasi dua jam setengah itu berharga RM68, RM98, RM188, RM125, RM328 dan RM388.

Layari www.ticket2u.biz atau singgah saja di kaunter jualan di Istana Budaya.

Berita Harian X