Khamis, 20 April 2017 | 5:13pm

KPJ sasar pertumbuhan 10 peratus

DATUK Kamaruzzaman Abu Kassim (tengah) bersama Datuk Amiruddin Abdul Satar (kiri) dan Pengarah Eksekutif KPJ, Aminudin Dawam (kanan) menunjukkan buku laporan tahunan KPJ 2016, ketika Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 KPJ, di Hotel Puteri Pacific. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: KPJ Healthcare Bhd (KPJ) menyasarkan pertumbuhan 10 peratus bagi pendapatan bagi tahun ini, berbanding pertumbuhan 6.1 peratus yang dicatatkan tahun lalu.

Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Amiruddin Abdul Satar, berkata bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu, KPJ mencatatkan pendapatan sebanyak RM3 bilion berbanding RM2.85 bilion pada tahun sebelumnya.

"Pertumbuhan KPJ itu didorong oleh pembinaan hospital, sekali gus membuka pasaran bagi dan sektor baru," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Agung Tahunan KPJ, di sini hari ini.

Turut hadir, Yang turut hadir, Pengerusi KPJ merangkap Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Amiruddin berkata, pada masa ini tujuh hospital baru dalam pembinaan termasuk di Bandar Dato Onn dan Batu Pahat di negeri ini, selain di Perlis dan Kuching.

Pada masa sama katanya, tujuh hospital sedia ada kini dalam proses pembesaran dan naik taraf dalam usaha memastikan perkhidmatan terbaik.

Berita Harian X