X
Jumaat, 19 Februari 2016 | 10:54am

Firma AS, Finisar akan tambah pelaburan RM400j di Perak

FINISAR Corporation. - Sumber finisar.com
FINISAR Corporation. - Sumber finisar.com

SAN FRANCISCO: Finisar Corporation, syarikat teknologi terkemuka Amerika Syarikat sangat yakin dengan Malaysia dan akan melabur lagi RM400 juta bagi mengembangkan operasinya di Perak.

Finisar yang sudah melabur AS$160 juta (RM666 juta) di Perak setakat ini, mungkin tidak dikenali ramai tetapi sumbangan syarikat itu kepada ekonomi Perak adalah sangat besar.

Ia adalah majikan terbesar dalam kalangan syarikat multinasional yang beroperasi di Perak dengan 7,000 pekerja dan ia menyumbang 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pembuatan Perak dan lima peratus daripada KDNK Perak.

Jerry Rawls, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunnyvale, firma yang berpangkalan di California, berkata separuh daripada tenaga kerja global seramai 14,000, berada di kemudahannya di Chemor, Perak.

Kenapa Malaysia? "Malaysia adalah baik bagi syarikat ini. Kita mempunyai pekerja yang baik, pekerja setia, pekerjaan stabil, perdagangan mudah, infrastruktur baik, infrastruktur komunikasi yang baik dan cuaca sentiasa baik.

"Tidak ditutup (tiada halangan operasi). Tiada gunung berapi. Tiada gempa bumi. Tidak seperti kilang kami di Eropah Timur, kadang-kala kita perlu tutup akibat salji," katanya kepada pemberita di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berada di San Francisco sebagai sebahagian daripada lawatan kerja beliau ke California, bertemu Rawls di luar acara pada majlis makan tengah hari perniagaan AS pada Rabu dan menyerahkan surat kelulusan MIDA untuk pelaburan tambahan untuk Rawls.

"Ini adalah syarikat terbesar di Perak dari segi pekerja. Ia akan menambah lagi 250 pekerja dengan pelaburan tambahan.

"Ini akan menjadikan jumlah pelaburan Finisar di Malaysia kepada RM1 bilion dan akan menjana pulangan ke atas pelaburan sebanyak RM38.5 bilion dalam tempoh 10 tahun," kata Najib.

Finisar adalah pembekal terbesar di dunia bagi produk komunikasi optik. Ia adalah pemimpin teknologi global untuk subsistem gentian optik dan komponen yang membolehkan kelajuan tinggi suara, video dan data komunikasi untuk telekomunikasi, rangkaian, penyimpanan, wayarles dan aplikasi kabel televisyen.

Selama bertahun, Finisar sudah menyediakan teknologi optik kritikal kepada pengeluar sistem untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat rangkaian jalur lebar.

Rawls berkata, Finisar pada mula hanya mempunyai 40 pekerja apabila ia mula beroperasi di Chemor pada 2001.

"Kita menjangkakan untuk mengupah lebih ramai orang. Kita menjangkakan untuk mengembangkan kilang kami 100,000 kaki persegi di Chemor. Kami adalah pemancar terbesar gentian optik dan penerima pengeluar."

Rawls mengambilalih sebagai Pengerusi Finisar pada 2008 dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun lalu.

Berita Harian X