Jumaat, 8 Januari 2016 | 7:46pm

Ar-Rahnu X'change mula operasi Sabtu

KUALA LUMPUR: Perniagaan pajak gadai Islam, Ar-Rahnu X'change (ARX), memulakan operasi pada Sabtu menerusi lapan cawangannya.

Lapan cawangan berkenaan adalah di Hulu Klang, Bandar Baru Sentul, Mergong, Muar, Kota Bharu, Kuantan, Teluk Intan dan Satok.

Dalam kenyataan hari ini, Bank Rakyat menyatakan operasi ARX pada Sabtu bertujuan memperluaskan saluran perkhidmatannya dengan memudahkan pelanggan yang bercuti pada hujung minggu.

Katanya, ia bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan pajak gadai yang berlandaskan Syariah.

"Menerusi inisiatif berkenaan, Bank Rakyat menyasarkan untuk meningkatkan keseluruhan prestasi kewangannya serta mencapai sasaran perniagaan pajak gadai bagi tahun 2016 sebanyak RM1.15 bilion," katanya.

Bagi maklumat lanjut mengenai ARX, pelanggan boleh menghubungi di talian 1-300-80-5454 atau melayari laman web www.bankrakyat.com.my

Anak syarikat Bank Rakyat, Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS), memegang hak francais bagi rangkaian pajak gadai Islam, ARX.

Berita Harian X