Jumaat, 14 Julai 2017 | 6:31pm

Abbas kutuk keganasan di Masjid Aqsa

gn4id:21627473

BAITULMAQDIS: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk serangan berhampiran kawasan suci di Baitulmaqdis dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, lapor agensi berita Wafa.

"Presiden meluahkan bantahan keras dan mengecam kejadian yang berlaku di Masjid Aqsa, selain menolak sebarang keganasan dari mana-mana pihak, terutama di rumah ibadat," menurut laporan Wafa.

Abbas menghubungi Netanyahu untuk menamatkan penutupan kawasan itu, lokasi tiga lelaki Arab-Israel menembak mati dua anggota polis rejim Zionis dan mencederakan seorang lagi.

Netanyahu memberi jaminan kepada Abbas mengenai status quo di kawasan berkenaan, yang memberikan hak eksklusif kepada umat Islam untuk menunaikan solat, akan dikekalkan.

Reuters

Berita Harian X