Isnin, 17 April 2017 | 5:05pm

Ratusan banduan Palestin mogok lapar

PALESTIN memegang gambar saudara-mara diadakan di penjara Israel semasa perhimpunan menandakan Hari Banduan Palestin di Tebing Barat Nablus. - Foto REUTERS
PALESTIN memegang gambar saudara-mara diadakan di penjara Israel semasa perhimpunan menandakan Hari Banduan Palestin di Tebing Barat Nablus. - Foto REUTERS

RAMALLAH: Ratusan banduan Palestin di penjara Israel melancarkan mogok lapar hari ini, susulan arahan pemimpin mereka, Marwan Barghouti.

Ketua Hal Ehwal Penjara bagi pihak berkuasa Palestin, Issa Qaraqe, berkata mogok lapar itu disertai lebih 1,000 banduan dan bilangannya dijangka meningkat untuk mencabar pihak berkuasa Zionis.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin, Kelab Banduan Palestin, berkata mogok tu disertai 1,500 banduan.

Difahamkan, mogok dilakukan secara kerap oleh banduan Palestin tetapi jarang dengan angka yang besar seperti ini.

Mogok lapar itu diadakan sempena Hari Banduan Palestin.

Jurucakap penjara Israel, Assaf Librati berkata, pengumuman mogok lapar itu dibuat kelmarin oleh 700 banduan.

"Kami melihat jumlah sebenar banduan yang menyertai mogok ini kerana ada yang berkata ia sekadar simbolik dan akan makan seperti biasa selepas itu," katanya.

Baghouti menjalani hukuman penjara seumur hidup berikutan pembabitan dalam intifada kedua.

Hampir 6,500 banduan Palestin masih dalam tahanan di penjara Israel ketika ini di atas beberapa siri kesalahan, termasuk jenayah. - AFP

Berita Harian X