Jumaat, 7 April 2017 | 1:36pm

PBB perlu bincang tindakan AS

KETUA Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan di Dewan Negara Russia, Viktor Ozerov. - Foto Reuters
KETUA Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan di Dewan Negara Russia, Viktor Ozerov. - Foto Reuters

MOSCOW: Tindakan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas pangkalan udara tentera Syria menjejaskan usaha memerangi keganasan.

Perkara itu disuarakan Ketua Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan di Dewan Negara Russia, Viktor Ozerov, hari ini, seperti dipetik agensi berita RIA.

Beliau dilaporkan berkata, Russia akan menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) diadakan berhubung perkara itu.

"Serangan ini boleh dilihat sebagai tindakan AS menceroboh negara anggota PBB," katanya. - Reuters

Berita Harian X