Selasa, 17 Januari 2017 | 4:54pm
ANGGOTA penyelamat memeriksa serpihan pesawat kargo yang terhempas di kawasan perkampungan, Dacha Suu. - Foto AFP
ANGGOTA penyelamat memeriksa serpihan pesawat kargo yang terhempas di kawasan perkampungan, Dacha Suu. - Foto AFP

Mayat 37 mangsa pesawat kargo terhempas ditemui

ANTARA 35 mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu. - Foto AFP
ANTARA 35 mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu. - Foto AFP

BISHKEK, KYRGYZSTAN: Mayat 37 mangsa pesawat kargo yang terhempas di kawasan perkampungan, Dacha Suu, di sini, sudah dikenal pasti, termasuk tiga daripada empat juruterbang.

Timbalan Perdana Menteri, Mukhammetkaly Abulgaziev, berkata mayat mangsa kini ditempatkan di rumah mayat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

'Kesilapan juruterbang' dianggap sebagai punca kejadian pesawat ACT Airlines, syarikat pengangkutan kargo milik Turki.

PEGAWAI polis mengawasi lokasi nahas di perkampungan Dacha Suu. - Foto AFP
PEGAWAI polis mengawasi lokasi nahas di perkampungan Dacha Suu. - Foto AFP

Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan dari Hong Kong ke Istanbul melalui Bishkek.

Kejadian berlaku ketika pesawat itu cuba mendarat di lapangan terbang Manas, di sini, dalam keadaan berkabus.

Kyrgyzstan mengumumkan tempoh berkabung selama sehari, hari ini, bagi memperingati insiden yang mengorbankan 37 nyawa.

Jumlah mangsa dijangka meningkat, berikutan penemuan mayat juruterbang keempat dan serpihan anggota badan penumpang.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya, berkata 13 mangsa yang cedera kini dirawat di hospital.

Dalam pada itu, kerajaan tidak menyatakan tempoh yang bakal diambil untuk menganalisis satu kotak hitam yang ditemui di lokasi kejadian. - AFP

Berita Harian X