Selasa, 22 November 2016 | 7:41am

AS akan tarik diri daripada TPPA - Trump

 DONALD Trump. - Foto EPA
DONALD Trump. - Foto EPA

WASHINGTON: Donald Trump berkata beliau akan bertindak menarik diri daripada perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada hari pertama beliau mengambil alih jawatan, selaras dengan ikrar kempen pusat sebelum ini.

"Saya sudah meminta pasukan peralihan untuk menyediakan senarai tindakan eksekutif yang dapat kita ambil bagi memulihkan undang-undang dan mengembalikan peluang pekerjaan," kata bakal Presiden AS itu dalam mesej video yang menggariskan keutamaan yang akan diberikan sepanjang 100 hari pertama peralihan kuasa di bawah pimpinan beliau.

"Berhubung perdagangan, saya akan mengeluarkan pemberitahuan hasrat kami untuk menarik diri daripada perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, potensi bencana kepada negara kita," katanya.

"Sebaliknya, kami akan merundingkan tawaran perdagangan saksama dua hala yang akan membawa peluang pekerjaan dan industri kembali ke Amerika." - AFP

Berita Harian X