Khamis, 4 Ogos 2016 | 11:48pm

Greece lulus cadangan bina masjid RM4.40j

MASJID lama di Greece, Athens - Monastiraki Mosque.
MASJID lama di Greece, Athens - Monastiraki Mosque.

ATHENS: Pembuat dasar di Greece sudah meluluskan pembinaan sebuah masjid dibiayai kerajaan berhampiran tengah bandar ini, cadangan yang mencetuskan tentangan dalam kerajaan gabungan di tengah perdebatan hangat orang ramai bagaimana menguruskan krisis pelarian.

Cadangan berkenaan yang diluluskan hari ini adalah susulan beberapa cubaan yang gagal dilaksanakan sebelum itu selepas berdepan bantahan daripada Gereja Ortodoks negara itu.

Parti pemerintah sayap kiri Syriza menyokong masjid dibiayai kerajaan bernilai 950,000 euro (RM4.40 juta) itu, namun ia dibantah rakan gabungan nasionalis, Independent Greeks.

Puluhan ribu pendatang Islam tinggal di ibu kota ini dan menggunakan bilik solat tidak rasmi di kawasan sekitar.

Jumlah orang Islam di Greece meningkat berikutan krisis pelarian tahun lalu, apabila negara itu berada di antara laluan transit sibuk pendatang yang melarikan diri ke benua Eropah. - AP

Berita Harian X