X
Selasa, 17 Mei 2016 | 11:18pm

63 maut dalam 3 serangan bom di Baghdad

PENDUDUK di lokasi nahas selepas seorang pengebom berani mati meletupkan kenderaan di Sadr City, Baghdad. - Foto AFP
PENDUDUK di lokasi nahas selepas seorang pengebom berani mati meletupkan kenderaan di Sadr City, Baghdad. - Foto AFP

BAGHDAD: Tiga letupan bom mengorbankan sekurang-kurangnya 63 orang dan mencederakan lebih 100 mangsa di Baghdad, hari ini dalam siri serangan berdarah yang teruk di ibu negara Iraq sehingga tahun ini.

Menurut sumber polis dan perubatan, satu serangan bom nekad didakwa dilakukan IS di sebuah pasar daerah al-Shaab, utara Baghdad, mengorbankan 38 orang dan mencederakan lebih 70 mangsa lain. Bandar itu mempunyai majoriti penduduk Syiah.

Sementara itu, satu bom kereta berhampiran Bandar Raya itu yang turut dihuni ramai penduduk Syiah, menyaksikan sekurang-kurangnya 19 maut dan 17 yang lain cedera.

Satu lagi bom kereta di kejiranan al-Rasheed, selatan Baghdad, menyaksikan enam maut dengan 21 cedera.

Beberapa tahun ini, keselamatan di Baghdad kian pulih walaupun militan IS menguasai kawasan sehingga menghampiri pinggir bandar terbabit.

Namun serangan yang didakwa dilakukan IS di Baghdad yang kawasan sekitarnya, pada minggu lalu mengorbankan lebih 100 orang. Ia mencetuskan kemarahan orang ramai ekoran kegagalan kerajaan mengawal keselamatan. - Reuters

Berita Harian X