Rabu, 11 Mei 2016 | 6:04pm

50 maut dalam serangan bom di Sadr City

ORANG ramai berkumpul di lokasi serangan bom kereta di pusat perniagaan di Sadr City, Baghdad. - Foto Reuters
ORANG ramai berkumpul di lokasi serangan bom kereta di pusat perniagaan di Sadr City, Baghdad. - Foto Reuters

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh manakala lebih 60 yang cedera dalam serangan bom kereta di daerah penduduk Syiah di Baghdad, menurut sumber polis dan hospital.

Kumpulan IS mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Kenderaan utiliti yang sarat dengan bahan letupan itu meletup pada waktu puncak dekat sebuah kedai dandanan di pusat perniagaan di Sadr City. Sebahagian besar mangsa adalah wanita dan ramai yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Agensi berita Amaq yang menyokong IS, melaporkan seorang pengebom nekad menyasarkan pejuang militia Syiah. - Reuters

Berita Harian X