Sabtu, 19 March 2016 | 9:50pm

Sydney pertama di dunia bergelap sambut Earth Hour

BANGUNAN ikonik Australia, Sydney Opera House dan Jambatan Sydney Harbour turut menyertai kempen kesedaran perubahan iklim global, Earth Hour. - Foto AFP
BANGUNAN ikonik Australia, Sydney Opera House dan Jambatan Sydney Harbour turut menyertai kempen kesedaran perubahan iklim global, Earth Hour. - Foto AFP

SYDNEY: Bandaraya Sydney di pantai timur Australia antara yang pertama di dunia yang memadamkan lampu sempena ulang tahun ke-10 Earth Hour yang disambut sebagai meningkatkan kesedaran tentang ancaman perubahan iklim dan pemanasan global.

Sydney Opera House, yang biasanya bermandikan limpahan lampu ditutup tepat jam 8.30 malam (0930 GMT), serentak dengan Jambatan Sydney Harbour dan beratus bangunan dan menara di seluruh bandar raya Australia.

Malah, lebih 350 bangunan pencakar langit dan mercu tanda utama dunia termasuk Menara Eiffel, Bangunan Empire State dan Taipei 101 turut menyambut Earth Hour.

Perayaan tahun ini adalah bertemakan "Places We Love," (Tempat Kami Cintai) seperti pantai, hutan, terumbu karang, pergunungan salji dan sungai yang terdedah kepada risiko perubahan suhu global. - AFP

Berita Harian X