Selasa, 23 Februari 2016 | 8:48pm

Lebih 100,000 pendatang mendarat di Eropah tahun ini

PENDATANG dan pelarian beratur untuk mendapatkan makanan selepas tiba di pelabuhan Piraeus, dekat Athens, Greece. - Foto EPA
PENDATANG dan pelarian beratur untuk mendapatkan makanan selepas tiba di pelabuhan Piraeus, dekat Athens, Greece. - Foto EPA

GENEVA: Lebih 100,000 pendatang dan pelarian sudah merentasi Mediterranean ke Greece dan Itali setakat ini tahun ini dan seramai 413 maut kerana mencuba berbuat demikian, menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM).

Setakat pagi Selasa, seramai 102,547 orang tiba di Greece sementara baki 7,507 tiba ke Itali sejak awal tahun ini, menurut IOM.

Pada tahun lalu, angka 100,000 pendatang hanya direkodkan pada bulan Julai.

- AFP

Berita Harian X