Ahad, 16 Ogos 2015 | 8:59am

11 maut, 68 cedera serangan terbaharu di utara Baghdad

PENDUDUK melihat kenderaan yang musah akibat serangan pengebom nekad di kawasan majoriti penduduk Syiah di utara Baghdad. - Foto REUTERS
PENDUDUK melihat kenderaan yang musah akibat serangan pengebom nekad di kawasan majoriti penduduk Syiah di utara Baghdad. - Foto REUTERS

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 68 lagi cedera dalam serangan pengebom nekad di kawasan majoriti penduduk Syiah di utara Baghdad.

Kejadian berlaku ketika orang ramai sedang bersesak di sebuah pusat jual beli kenderaan di Bandar Sadr.

Ia serangan bom kereta kedua berlaku di bandar sama di mana dua hari lalu serangan di sebuah pasar harian yang menyebabkan lebih 54 maut.

Kumpulan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbaharu ini. - AFP

Berita Harian X