X
Khamis, 13 Ogos 2015 | 1:32pm

60 terbunuh serangan di sebuah pasar di Iraq

ORANG ramai melihat keadaan trak yang rentung selepas meletup di kawasan pasar Sadr City, timur laut Baghdad. - Foto Reuters
ORANG ramai melihat keadaan trak yang rentung selepas meletup di kawasan pasar Sadr City, timur laut Baghdad. - Foto Reuters

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan 200 orang lagi cedera selepas sebuah trak penuh dengan bahan letupan meletup di kawasan pasar Sadr City, timur laut Baghdad.

Sadr City dikenali sebagai kawasan yang dimonopoli oleh puak Syiah dan ketika kejadian kebanyakan penduduk sedang menjalankan aktiviti biasa di pasar itu.

Sumber menyatakan tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam letupan itu tetapi kumpulan militan Negara Islam (IS) pernah menyatakan akan menyerang kawasan kejiranan puak Syiah. - Reuters

Berita Harian X