Rabu, 21 Januari 2015 | 8:11am
PENYOKONG bersorak ketika menyaksikan perlawanan Guinea menentang Ivory Coast pada saingan Piala Negara-Negara Afrika di Equatorial Guinea hari ini. - Foto AP
PENYOKONG bersorak ketika menyaksikan perlawanan Guinea menentang Ivory Coast pada saingan Piala Negara-Negara Afrika di Equatorial Guinea hari ini. - Foto AP

1 maut, 3 cedera di Guinea akibat bom tangan dilempar ketika menonton bola sepak

CONAKRY, Guinea: Seorang terkorban dan tiga lagi cedera parah selepas seorang lelaki membaling bom tangan ke arah orang ramai yang sedang menonton perlawanan bola sepak di sini.

Pihak berkuasa berkata, penonton cedera ketika menyaksikan perlawanan membabitkan skuad kebangsaan negara itu menentang Ivory Coast pada saingan Piala Negara-Negara Afrika di Equatorial Guinea.

Jurucakap polis, Mamadou Alpha Barry berkata, keganasan berlaku ketika Ivory Coast menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan berkenaan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Suspek yang membaling bom tangan itu turut mengalami kecederaan parah.

Sementara itu, penduduk memberitahu, tiga orang terkorban dalam kejadian itu. Bagaimanapun, polis hanya mengesahkan seorang saja. - AP

Berita Harian X