Selasa, 27 Jun 2017 | 8:35am
PENYERANG Chelsea, Bertrand Traore,
PENYERANG Chelsea, Bertrand Traore,

Traore tinggalkan Chelsea untuk ke Lyon

LYON: Penyerang Chelsea, Bertrand Traore, menyertai Lyon dengan nilai 10 juta euro (RM47.98 juta) menerusi perjanjian lima tahun, umum kelab Perancis itu, hari ini.

Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas, ketika mengumumkan perpindahan itu berkata, Chelsea juga akan menerima 15 peratus daripada sebarang keuntungan jualan pemain itu pada masa akan datang.

Beliau berkata, juara England itu juga ada hak untuk menolak jika Traore mahu berhijrah selepas itu.

Traore, yang diberikan penampilan pertama di Chelsea oleh Jose Mourinho dalam Liga Juara-Juara berdepan Maccabi Tel Aviv pada September 2015 adalah pemain kedua ditandatangani Lyon pada musim panas selepas kehadiran pertahanan kiri Brazil, Fernando Marçal dari Benfica. - AFP

Berita Harian X