Selasa, 23 Mei 2017 | 8:58pm

"The Professor" sudah tiba

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada sudah tiba di ibu negara, hari ini.

Perkara itu disahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya, Football Association of Malaysia (Official) sebentar tadi.

FAM menjelaskan Vingada yang digelar The Professor sangat komited dan akan memulakan tugas dengan segera.

"Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim merangkap Presiden FAM meluangkan masa bertemu jurulatih skuad kebangsaan iaitu Nelo Vingada yang baru tiba di Kuala Lumpur hari ini.

"Nelo Vingada yang begitu komited dengan tugasan baharu ini akan memulakan tugas jurulatih dengan segera," kata kenyataan badan induk itu.

Vingada diumumkan sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya pada 15 Mei lalu dan akan dibantu bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe untuk memulihkan reputasi skuad kebangsaan.

Berita Harian X