X
Khamis, 30 March 2017 | 11:48pm

Peluang V Shem-Wee Kiong balas dendam

PASANGAN beregu lelaki negara, Goh V Shem (kiri) dan Tan Wee Kiong. - Foto Rosli Rahmat
PASANGAN beregu lelaki negara, Goh V Shem (kiri) dan Tan Wee Kiong. - Foto Rosli Rahmat

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berpeluang membalas dendam ke atas Li Junhui-Liu Yuchen apabila mereka membuat perhitungan dalam aksi suku akhir badminton Terbuka India, esok.

V Shem-Wee Kiong tewas di tangan pasangan beregu dari China itu ketika aksi suku akhir Seluruh England, awal bulan ini.

Terdahulu, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu mengesahkan tempat ke kelompok lapan terbaik selepas menewaskan gandingan profesional, Tan Boon Heong-Hendra Setiawan 21-10, 21-17 dalam aksi pusingan kedua, sebentar tadi.

Junhui-Yuchen pula mara selepas mengatasi pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-12, 23-21.

Dalam perlawanan lebih awal, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mara ke kelompok lapan terbaik.

Pilihan keenam kejohanan itu mengetepikan cabaran beregu Indonesia, Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle Widjaja 21-11, 21-19 dalam aksi pusingan kedua untuk menempah slot ke suku akhir.

Berita Harian X