Sabtu, 18 March 2017 | 10:44am

Hoffman dahului hari kedua Arnold Palmer

CHARLEY Hoffman. - Foto USA TODAY Sports
CHARLEY Hoffman. - Foto USA TODAY Sports

MIAMI: Charley Hoffman melakukan enam bawah par 66 untuk mendahului pusingan kedua kejohanan golf Arnold Palmer Invitational di Bay Hill dengan kelebihan satu pukulan ketika Rory McLlroy terus bergelut dengan prestasinya.

Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 40 tahun itu membuka saingan dengan satu bogey namun bangkit menerusi tujuh par, menjadikan catatan keseluruhan selepas 36 lubang 10 bawah par 134 pukulan.

"Ini pusingan yang hebat dan saya gembira. Saya harap dapat kekalkan prestasi seperti ini untuk aksi seterusnya," kata Hoffman.

Hoffman memiliki kelebihan satu pukulan ke atas pemain Argentina, Emiliano Grillo yang mencatat dua eagle, dua birdie dan dua bogey untuk melakukan 68 dan dua pukulan di depan pemain Britain, Matthew Fitzpatrick.

McIlroy yang juga pemenang empat gelaran Major merakamkan 71 pukulan ketinggalan 11 pukulan berbanding Hoffman dengan catatan 145 pukulan keseluruhan. - AFP

Berita Harian X