Jumaat, 3 Februari 2017 | 3:00pm

Kuchar dahului Matsuyama di Terbuka Phoenix

MATT Kuchar bangkit dengan persembahan bertenaga pada sembilan lubang terakhir apabila membenam tujuh bawah par 64 untuk mendahului pusingan pertama Terbuka Phoenix, semalam.
MATT Kuchar bangkit dengan persembahan bertenaga pada sembilan lubang terakhir apabila membenam tujuh bawah par 64 untuk mendahului pusingan pertama Terbuka Phoenix, semalam.

LOS ANGELES: Matt Kuchar bangkit dengan persembahan bertenaga pada sembilan lubang terakhir apabila membenam tujuh bawah par 64 untuk mendahului pusingan pertama Terbuka Phoenix, semalam.

Pemain itu kini memiliki kelebihan satu pukulan ke atas juara bertahan Hideki Matsuyama dan Brendan Steele.

Pemenang pingat gangsa Olimpik itu membuka aksi dengan melakar birdie berturut-turut di TPC Scottsdale, tetapi prestasi terbaiknya hadir pada sembilan pukulan terakhir dengan mencatat tiga birdie dan satu eagle.

Dia mengatasi pemain Jepun, Matsuyama, yang menutup hari pertama dengan membenam enam di bawah 65 untuk kemudiannya disertai Steele.

"Hayunan saya amat baik," kata Kuchar. "Saya hanya memberikan yang terbaik dan sedaya upaya cuba kekal konsisten. Saya mempunyai banyak peluang," katanya.

Kuchar membuat penampilan pertama sejak Cabaran Dunia Hero, Disember lalu, tetapi tidak menampakkan sebarang tanda dirinya sudah 'berkarat'.

Sementara itu, Matsuyama yang memulakan tahun 2017 dengan kejayaan menjuarai Terbuka Jepun, mengakui dia masih belum mencapai tahap terbabit tetapi tetap yakin mampu mengulanginya lagi. - AFP

Info: Keputusan Pusingan Pertama

64 - Matt Kuchar

65 - Hideki Matsuyama (JPN), Brendan Steele

66 - John Peterson, Robert Garrigus, Scott Brown, An Byeong-Hun, Chris Kirk

67 - Rickie Fowler, J.B. Holmes, Steve Stricker, Brooks Koepka, Alex Cejka (GER), Martin Laird (SCO), Webb Simpson, Graham DeLaet (CAN)

68 - Marc Leishman (AUS), Louis Oosthuizen (RSA), Vaughn Taylor, Chad Collins, Lucas Glover, Charlie Beljan, Ryo Ishikawa (JPN), Phil Mickelson.

Berita Harian X