Sabtu, 21 Januari 2017 | 11:00pm

Izzuddin-Sze Fei tempah tiket ke final

BEREGU lelaki Malaysia, Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei. - Foto BERNAMA
BEREGU lelaki Malaysia, Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei. - Foto BERNAMA

SIBU: Beregu muda lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei membuktikan sentuhan mereka semakin berbisa apabila mara ke final Malaysia Masters, sebentar tadi.

Paling bermakna, kejayaan itu hadir selepas menewaskan pasangan berpengalaman dari Indonesia, Markis Kido-Hendra Aprida Gunawan 21-15, 21-13 dalam aksi separuh akhir di Stadium Tertutup Sibu.

Pasangan yang disifatkan sebagai jaguh pembikinan itu akan bertemu satu lagi gandingan Indonesia, Berry Angriawan-Handrianto Handrianto bagi perebutan gelaran juara dalam aksi final, esok.

Ini adalah pencapaian terbaik buat Izzuddin-Sze Fei sejak beraksi di pentas senior dengan mara kejohanan bertaraf Grand Prix Emas.

Sebelum ini mereka bergelar juara kejohanan bertaraf Siri Antarabangsa Singapura dan Switzerland pada 2016.

Berita Harian X