Isnin, 5 Disember 2016 | 11:32pm

CAS kekal hukuman ke atas Blatter

SEPP Blatter. - Foto AFP
SEPP Blatter. - Foto AFP

LAUSANNE, Switzerland: Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS) hari ini mengekalkan hukuman penggantungan selama enam tahun ke atas Sepp Blatter atas kesalahan rasuah.

Perkembangan itu diumumkan oleh jurucakap bekas Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terbabit.

Warga Switzerland berusia 80 tahun itu yang memimpin badan induk bola sepak antarabangsa itu selama 17 tahun sehingga tahun lalu, diharamkan daripada terbabit dalam semua aktiviti sukan bola sepak sejak Disember lalu bersama bekas peneraju Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini. - Reuters

Berita Harian X