Khamis, 20 Oktober 2016 | 8:59pm

Gavin harap kekal positif di CIMB Classic

PEMAIN Golf Malaysia, Gavin Kyle Green. - Foto Osman Adnan
PEMAIN Golf Malaysia, Gavin Kyle Green. - Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Pemain profesional negara, Gavin Green, bermula cemerlang pada pusingan pertama CIMB Classic di TPC Kuala Lumpur, untuk berada dalam kelompok 13 pemain pada catatan 1 bawah par 71, tujuh pukulan di belakang pendahulu.

Turut berada dalam kelompok itu, juara dua kali CIMB Classic, Ryan Moore dan nama besar lain, antaranya Vijay Singh, Ian Poulter dan Jhonattan Vegas.

Gavin seharusnya menamatkan pusingan pertama pada catatan lebih baik apabila melakukan satu eagle dan empat birdie, tetapi lima bogey memadamkan kelebihannya kepada hanya 1 bawah par di akhir permainan.

"Saya bermula agak perlahan, tetapi saya bangkit semula. Masalah utama saya hari ini ialah pukulan putt, yang mana saya gagal membaca green dengan baik. Namun, catatan bawah par tanpa pusingan latihan, ia cukup baik buat saya.

"Masih ada tiga hari. Saya akan kekal positif dan cuba memperbaiki permainan terutama di lubang par 3," kata Gavin yang beraksi buat kali pertama dalam kejohanan CIMB Classic, dan kali kedua dalam kejohanan siri Jelajah PGA.

Seorang lagi wakil negara, Danny Chia, mengalami nasib berbeza apabila tiga birdie dicatatnya dipadamkan oleh enam bogey dan satu double bogey untuk keseluruhan lima atas par 77.

CIMB Classic adalah kejohanan dalam siri Jelajah PGA, yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$7 juta (RM29.35 juta) dengan format tanpa penyingkiran.

Keputusan pusingan pertama:

64 - Derek FATHAUER (AS), Keegan BRADLEY (AS), Justin THOMAS (AS)

65 - Paul CASEY (ENG)

66 - Anirban LAHIRI (IND)

67 - Sergio GARCIA (SEP), Brian HARMAN (AS), Aaron BADDELEY (AUS), Brendan STEELE (AS)

68 - Harold VARNER III (AS), Scott PIERCY (AS), Patrick REED (AS), Jamie LOVEMARK (AS), Charles HOWELL III (AS), Kevin KISNER (AS)

69 - Marc LEISHMAN (AUS), Tyrone VAN ASWEGEN (RSA), Tony FINAU (AS), Hideki MATSUYAMA (JPN), Ryo ISHIKAWA (JPN), Rafa CABRERA BELLO (SEP), Spencer LEVIN (AS), K J CHOI (KOR), James HAHN (AS), Kevin CHAPPELL (AS)

70 - Sunghoon KANG (KOR), Daniel SUMMERHAYS (AS), Patrick RODGERS (AS), Smylie KAUFMAN (AS), Siwoo KIM (KOR), David LINGMERTH (SWE), Branden GRACE (RSA), Alex CEJKA (JER), Ernie ELS (RSA), Kyle REIFERS (AS), Younghan SONG (KOR), Jim HERMAN (AS), Russell KNOX (SCO), Adam SCOTT (AUS), Jeunghun WANG (KOR), Billy HURLEY III (AS), Kevin NA (AS), Zac BLAIR (AS)

Berita Harian X