Sabtu, 8 Oktober 2016 | 4:10pm

GP Jepun: Rosberg sambar petak pertama, Hamilton kedua

PELUMBA Formula Satu (F1) Mercedes AMG PETRONAS, Nico Rosberg (tengah) meraikan kejayaan meraih petak pertama di Grand Prix (GP) Jepun, hari ini. Rosberg diapit pemenang petak kedua, Lewis Hamilton (kiri) dan Kimi Raikkonen (ketiga). - Foto AP
PELUMBA Formula Satu (F1) Mercedes AMG PETRONAS, Nico Rosberg (tengah) meraikan kejayaan meraih petak pertama di Grand Prix (GP) Jepun, hari ini. Rosberg diapit pemenang petak kedua, Lewis Hamilton (kiri) dan Kimi Raikkonen (ketiga). - Foto AP

SUZUKA, Jepun: Nico Rosberg meletakkan dirinya di posisi terbaik untuk menjarakkan kedudukan selaku pendahulu Formula Satu (F1) selepas pelumba Mercedes AMG PETRONAS itu mengesahkan petak pertama di Grand Prix (GP) Jepun, hari ini.

Pelumba kelahiran Jerman itu mencatatkan masa 1 minit 30.647 saat (s) pada sesi kelayakan ketiga meninggalkan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton di petak kedua di Litar Suzuka.

Keputusan meletakkan Mercedes AMG PETRONAS di barisan pertama di Jepun, esok sekali gus mengulangi perlumbaan di GP Malaysia, minggu lalu.

Pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen mengikuti rapat di petak ketiga diikuti rakan sepasukannya, Sebastian Vettel keempat terpantas.

Vettel begitupun berdepan penalti tiga grid perlumbaan menyaksikan memulakan perlumbaan di petak ketujuh.

Berbaki lima pusingan termasuk Jepun, Rosberg ketika ini mendahului kedudukan pelumba dengan kelebihan 23 mata berbanding Hamilton yang memburu kemenangan ketiga berturut-turut di Jepun.

Dua pelumba Red Bull, Max Verstappen dan Daniel Ricciardo yang melakar kemenangan di Sepang akan memulakan perlumbaan di petak keempat dan kelima. - AP

Kedudukan grid perlumbaan GP Jepun

1. Nico Rosberg (GER/Mercedes)

2. Lewis Hamilton (GBR/Mercedes)

3. Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari)

4. Max Verstappen (NED/Red Bull)

5. Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull)

6. Sergio Perez (MEX/Force India)

7. Sebastian Vettel (GER/Ferrari)

8. Romain Grosjean (FRA/Haas-Ferrari)

9. Nico Hülkenberg (GER/Force India)

10. Esteban Gutierrez (MEX/Haas)

11. Valtteri Bottas (FIN/Williams)

12. Felipe Massa (BRA/Williams)

13. Daniil Kvyat (RUS/Toro Rosso)

14. Carlos Sainz Jr (ESP/Toro Rosso)

15. Fernando Alonso (ESP/McLaren)

16. Jolyon Palmer (GBR/Renault)

17. Jenson Button (GBR/McLaren)

18. Kevin Magnussen (DEN/Renault)

19. Marcus Ericsson (SWE/Sauber)

20. Felipe Nasr (BRA/Sauber)

21. Estéban Ocon (FRA/Manor)

22. Pascal Wehrlein (GER/Manor)

Berita Harian X