Jumaat, 2 September 2016 | 11:37pm

Hamilton terpantas sesi latihan GP Itali

PEMANDU Formula Satu (F1) Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton ketika sesi latihan pertama di litar Monza. - Foto Reuters
PEMANDU Formula Satu (F1) Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton ketika sesi latihan pertama di litar Monza. - Foto Reuters

MONZA, Itali: Pendahulu Formula Satu (F1), Lewis Hamilton mengatasi rakan sepasukannya di Mercedes AMG PETRONAS, Nico Rosberg untuk mengungguli sesi latihan Grand Prix (GP) Itali, hari ini.

Pelumba kelahiran Britain yang memburu kemenangan ke-50 GP, Ahad ini itu jelas menikmati cuaca cerah di Litar Monza dengan mencatatkan masa terpantas, 1 minit 22.801 saat (s) menggunakan tayar super lembut selepas berada di belakang Rosberg pada sesi sebelah pagi.

Rosberg yang memenangi perlumbaan GP Belgium, minggu lalu mencatat masa terpantas 1:22.959s pada sesi pertama sebelum melakukan 1:22.994s pada sesi kedua.

Ferrari juga mencatat masa yang baik pada kedua-dua sesi di GP laman sendiri dengan pelumba Finland, Kimi Raikkonen mencatat masa ketiga terpantas manakala Sebastian Vettel, keempat.

Seperti gandingan Mercedes, kedua-dua pelumba Ferrari itu mengambil alih kedudukan masing-masing pada sesi kedua selepas Vettel sekadar 0.453s berbanding Hamilton.

Pasukan berpangkalan di Itali itu terpaksa menggunakan enjin terakhir mereka musim ini bagi menambah kelajuan mereka selepas Red Bull merampas kedudukan kedua.

Hamilton ketika ini mengatasi Rosberg dengan sembilan mata menuju perlumbaan terakhir di Eropah musim ini namun juara dunia tiga kali itu dijangka mampu mempertahankan kedudukan itu.

Penyandang juara itu sedang memburu kejuaraan ketiga di GP Itali, kejayaan yang sebelum ini gagal dicapai sejak legenda Argentina, Juan Manuel Fangio melakukannya pada era 1950-an. - Reuters

Keputusan sesi pertama

1. Nico Rosberg (GER) Mercedes 1 minit 22.959 saat (s)

2. Lewis Hamilton (GBR) Mercedes 1:23.162s

3. Kimi Raikkonen (FIN) Ferrari 1:24.047s

4. Sebastian Vettel (GER) Ferrari 1:24.307s

5. Sergio Perez (MEX) Force India 1:24.650s

6. Romain Grosjean (FRA) Haas 1:24.763s

7. Valtteri Bottas (FIN) Williams 1:24.785s

8. Max Verstappen (NED) Red Bull 1:24.982s

9. Esteban Gutierrez (MEX) Haas 1:25.113s

10. Daniel Ricciardo (AUS) Red Bull 1:25.120s

Berita Harian X