Sabtu, 27 Ogos 2016 | 10:07pm

F1: Rosberg sambar petak pertama GP Belgium

Nico Rosberg merangkul petak pertama Grand Prix Belgium, di sini sebentar tadi. - Foto REUTERS
Nico Rosberg merangkul petak pertama Grand Prix Belgium, di sini sebentar tadi. - Foto REUTERS

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium: Nico Rosberg kembali meningkatkan peluang untuk mengungguli tangga teratas kejuaraan dunia Formula Satu (F1) apabila merangkul petak pertama Grand Prix Belgium, di sini sebentar tadi.

Pelumba pasukan Mercedes AMG PETRONAS itu tampak mempergunakan sepenuhnya ketiadaan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton yang bakal berdepan hukuman penalti berganda sekali gus melengkapkan petak pertama kelima buatnya musim ini.

Ia adalah petak utama ke-28 sepanjang karier pelumba kelahiran Jerman itu dengan kemenangan akan memberinya peluang untuk merapatkan jurang atau mengatasi kelebihan 19 mata yang dimiliki Hamilton ketika ini.

Pelumba remaja sensasi Belanda yang dianggap wira tuan rumah, Max Verstappen mencatat masa kedua terpantas di litar Spa-Francorchamps sekali gus muncul pelumba termuda dalam sejarah F1 memulakan perlumbaan di barisan hadapan.

Pelumba berusia 18 tahun dari pasukan Red Bull itu mengatasi pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen yang terpaksa berpuas hati memulakan perlumbaan di petak ketiga.

Seorang lagi pelumba Ferrari, Sebastian Vettel mencatat masa keempat terpantas diikuti rakan sepasukan Verstappen, Daniel Ricciardo.

Sergio Perez mencatat masa keenam terpantas di depan rakan sepasukannya di Force India, Nico Hulkenberg diikuti pelumba Williams, Valtteri Bottas Jenson Button (McLaren-Honda) dan Felipe Massa (Williams).

"Terima kasih semua," kata Rosberg kepada pasukannya. "Pemulihan yang menakjubkan dan benar-benar kerja yang baik yang dapat diselesaikan."

Keputusan sesi kelayakan GP Belgium

1. Nico Rosberg (Germany) Mercedes 1:46.744s

2. Max Verstappen (Netherlands) Red Bull - TAG Heuer 1:46.893s

3. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:46.910s

4. Sebastian Vettel (Germany) Ferrari 1:47.108s

5. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull - TAG Heuer 1:47.216s

6. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 1:47.407s

7. Nico Huelkenberg (Germany) Force India - Mercedes 1:47.543s

8. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 1:47.612s

9. Jenson Button (Britain) McLaren 1:48.114s

10. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:48.263s

11. Romain Grosjean (France) Haas - Ferrari 1:48.316s

12. Kevin Magnussen (Denmark) Renault 1:48.485s

13. Esteban Gutierrez (Mexico) Haas - Ferrari 1:48.598s

14. Jolyon Palmer (Britain) Renault 1:48.888s

15. Carlos Sainz Jr (Spain) Toro Rosso - Ferrari 1:49.038s

16. Pascal Wehrlein (Germany) Manor - Mercedes 1:49.320s

17. Felipe Nasr (Brazil) Sauber - Ferrari 1:48.949s

18. Esteban Ocon (France) Manor - Mercedes 1:49.050s

19. Daniil Kvyat (Russia) Toro Rosso - Ferrari 1:49.058s

20. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber - Ferrari 1:49.071s

21. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:50.033s

ends

Berita Harian X