X
Sabtu, 16 Julai 2016 | 10:53am

Golf: Mickelson kekal kelebihan di Terbuka British

Phil Mickelson
Phil Mickelson

TROON, United Kingdom: Phil Mickelson meneruskan persembahan mengagumkan pada hari pertama dengan mencatatkan 69 pada pusingan kedua golf Terbuka British yang berlangsung dalam cuaca buruk di Royal Troon sekali gus terus mendahului dengan catatan 10 bawah par, awal pagi tadi.

Pemain Amerika Syarikat (AS) itu menyamai rekod terendah dalam mana-mana pusingan di kejohanan utama apabila melakukan 63 dalam pusingan pertama.

Dia kemudiannya menyambung permainan pada pusingan kedua yang berlangsung dalam keadaan berangin dan juga hujan di lapangan golf di persisiran pantai barat Scotland itu.

Tetapi dia masih mencatatkan keputusan baik dengan empat birdie, termasuklah di Postage Stamp apabila dia hampir memasukkan pukulan tee.

Mickelson juga melakukan dua bogey pada sembilan lubang terakhir tetapi pemain itu mendahului dengan satu pukulan di depan pemain Sweden, Henrik Stenson.

"Saya rasakan ia adalah pusingan yang baik untuk menampung pusingan semalam.

"Saya melakukan satu atau dua pukulan yang teruk yang menyebabkan bogey tetapi kebanyakan masa saya mengekalkan bola dan bermain golf tanpa tekanan," kata pemain itu yang memenangi Terbuka British di Muirfield pada 2013 dan mengakui menikmati cuaca tidak menentu itu.

"Saya sebenarnya lebih bimbangkan pusingan semalam berbanding pusingan seterusnya kerana saya rasa sangat selesa dengan keadaan ini untuk memperoleh mata yang baik." - AFP

Keputusan pusingan dua

132 - Phil Mickelson (AS) 63-69

133 - Henrik Stenson (SWE) 68-65

135 - Keegan Bradley (AS) 67-68, Soren Kjeldsen (Den) 67-68

137 - Zach Johnson (AS) 67-70

138 - Andrew Johnston 69-69, Tony Finau (AS) 67-71, Charl Schwartzel (RSA) 72-66, Bill Haas (AS) 68-70, Sergio Garcia (ESP) 68-70

139 - Kevin Na (AS) 70-69, Martin Kaymer (GER) 66-73, Matt Kuchar (USA) 71-68, Rafael Cabrera-Bello (ESP) 68-71

140 - Dustin Johnson (AS) 71-69, Francesco Molinari (ITA) 69-71, Rory McIlroy 69-71, J.B. Holmes (AS) 70-70, Byeong-Hun An (KOR) 70-70, Jim Herman (AS) 70-70, Patrick Reed (AS) 66-74

141 - Emiliano Grillo (ARG) 69-72, K.T. Kim (KOR) 70-71, Tyrrell Hatton 70-71, Rickie Fowler (AS) 69-72, Anirban Lahiri (IND) 69-72

142 - Steve Stricker (AS) 67-75, Matt Jones (AUS) 69-73, Alex Noren (SWE) 70-72, Jason Dufner (AS) 71-71, Adam Scott (AUS) 69-73, Gary Woodland (AS) 69-73, Matthew Southgate 71-71, Webb Simpson (AS) 70-72, Yuta Ikeda (JPN) 68-74, Jamie Donaldson 69-73, Kevin Kisner (AS) 70-72, Russell Knox 72-70, Richard Sterne (RSA) 68-74, Padraig Harrington 70-72

143 - Jason Day (AUS) 73-70, Harold Varner III (AS) 71-72, Mark O'Meara (AS) 71-72, Andrew Sullivan 67-76, Marc Leishman (AUS) 74-69, Miguel Angel Jimenez (ESP) 71-72, Greg Chalmers (AUS) 72-71, Darren Clarke 71-72, Ryan Moore (USA) 70-73

144 Charley Hoffman (AS) 71-73, David Howell 74-70, Branden Grace (RSA) 70-74, Justin Thomas (USA) 67-77, Scott Hend (AUS) 71-73, Daniel Summerhays (AS) 71-73, Lee Westwood 71-73, Thomas Pieters (BEL) 68-76

145 - Marco Dawson (AS) 72-73, Ryan Palmer (AS) 72-73, Nicolas Colsaerts (BEL) 72-73, Zander Lombard (RSA) 69-76, Thongchai Jaidee (THA) 71-74, Justin Rose 68-77, Jon Rahm (ESP) 74-71, Luke Donald 73-72, Soomin Lee (KOR) 68-77

146 - Graeme McDowell 75-71, Haydn Porteous (RSA) 70-76, Colin Montgomerie 71-75, Bubba Watson (AS) 70-76, Danny Willett 71-75, Kevin Chappell (AS) 71-75, Harris English (AS) 73-73, Jim Furyk (AS) 74-72, Kodai Ichihara (JPN) 69-77, Ryan Evans 71-75, Paul Lawrie 72-74, Patton Kizzire (AS) 76-70, James Hahn (USA) 74-72, Brandt Snedeker (AS) 73-73, Jordan Spieth (AS) 71-75

Berita Harian X