Sabtu, 9 Julai 2016 | 12:44pm
AKSI Park Sung-hyun dari Korea Selatan. - Foto AFP
AKSI Park Sung-hyun dari Korea Selatan. - Foto AFP

Golf: Sung-hyun, Ko ungguli hari kedua

SAN MARTIN (California): Park Sung-hyun dari Korea Selatan mendahului hari kedua golf Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) manakala pemain nombor satu dunia, Lydia Ko bangkit menebus kesilapan hari pertama.

Park, yang beraksi pada musim pertamanya di Jelajah LPGA, meledak tujuh birdie sepanjang 16 lubang pertama untuk keseluruhan enam bawah par 66 pada pusingan kedua kejohanan major ketiga tahunan itu.

Walaupun bogey di lubang 17, catatan keseluruhan lapan bawah par 136 meletakkannya di tangga teratas - dua pukulan di depan pesaing terdekat, Amy Yang juga dari Korea Selatan yang mencatat pusingan 71 hari ini.

Pemain remaja New Zealand, Ko yang memburu kejuaraan major ketiga pada usia 19 tahun, bangkit di hari kedua dengan pusingan 66 selepas memulakan kempen dengan satu atas par 71 semalam.

Ko kini hanya ketinggalan tiga pukulan di belakang pendahulu, berkongsi tempat ketiga dengan Haru Nomura dari Jepun.

Kelompok kedua dibarisi Yang dan Lee Mi-Rim (Korea Selatan) manakala wakil tunggal negara, Kelly Tan menyertai kelompok empat pemain - Danielle Kang, Jessica Korda (AS) dan Ji Eun-Hee (Korea Selatan) pada catatan empat bawah par 144. - Agensi

Berita Harian X