Khamis, 19 Mei 2016 | 1:46am

Malaysia jumpa Taiwan di suku akhir

KUNSHAN: Skuad lelaki negara boleh menarik nafas lega apabila diundi bertemu Taiwan dalam aksi suku akhir Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan, hari ini.

Atas kertas, Malaysia yang muncul juara Kumpulan C jelas mempunyai kelebihan berbanding lawannya itu.

Undian suku akhir Piala Thomas lewat malam tadi turut menyaksikan China yang muncul juara Kumpulan A menentang Korea, Indonesia bertemu Hong Kong dan Denmark berdepan Jepun.

Dalam saingan Piala Uber, juara bertahan, China diundi menentang Taiwan, Indonesia bertemu Korea, Thailand berdepan India manakala Jepun menentang Denmark.

INFO

Undian Suku akhir

Piala Thomas:

China mln Korea Selatan

Indonesia mln Hong Kong

Denmark mln Jepun

Malaysia mln Taiwan

Piala Uber:

China mln Taiwan

Indonesia mln Korea Selatan

Thailand mln India

Jepun mln Denmark

Berita Harian X