Selasa, 10 Mei 2016 | 9:20pm

Selangor tersingkir saingan Piala AFC

SINGAPURA: Tampines Rovers mara ke pusingan kedua saingan Piala AFC selepas menewaskan Selangor, 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan E, di Stadium Nasional, di sini, sebentar tadi.

Gol kemenangan tuan rumah diperoleh menerusi jaringan Yasir Hanapi pada minit ke-32.

The Red Giants cuba bangkit pada separuh masa kedua bagi menyamakan kedudukan, namun tetap buntu sehingga wisel penamat.

Tampines layak selepas menghimpun 10 mata, dua lebih dari Selangor.

The Red Giants yang mengumpul lapan mata sebelum datang ke sini hanya memerlukan seri bagi aksi ini bagi menduduki tangga kedua Kumpulan E manakala tuan rumah pula perlu menang. - Agensi

Berita Harian X