Sabtu, 7 Mei 2016 | 2:21pm

Golf: Loupe dahului di Well Fargo

LOUPE membuat pukulan satu bawah par 71 semalam, dalam pusingan yang tidak menentu apabila melakukan empat birdie dan tiga bogey. - Foto AFP
LOUPE membuat pukulan satu bawah par 71 semalam, dalam pusingan yang tidak menentu apabila melakukan empat birdie dan tiga bogey. - Foto AFP

CHARLOTTE: Andrew Loupe mendahului satu pukulan ke atas Roberto Castro dengan catatan lapan bawah par pada Kejohanan Wells Fargo di sini, manakala Phil Mickelson dan Rickie Fowler mengikuti rapat di belakang.

Loupe membuat pukulan satu bawah par 71 semalam, dalam pusingan yang tidak menentu apabila melakukan empat birdie dan tiga bogey.

Castro pula mencatatkan 66 dalam pusingan terbaiknya termasuk melakukan eagle di lubang ke-18, pada penghujung saingan sengit Jelajah PGA itu.

Chesson Hadley dan Mark Hubbard ketinggalan dua pukulan di belakang, apabila masing-masing mencatatkan 67 serta 68.

Fowler merakamkan 68 manakala Mickelson 70 bagi mencatat lima bawah par.

Juara bertahan, Rory McIlroy pula melakukan bogey di dua lubang terakhir untuk 69 dengan ketinggalan enam pukulan. - AFP

Keputusan:

136 - Andrew Loupe 65-71

137 - Roberto Castro 71-66

138 - Chesson Hadley 71-67, Mark Hubbard 70-68

139 - Steve Wheatcroft 65-74, Phil Mickelson 69-70, Brian Harman 69-70, Daniel Berger

68-71, Rickie Fowler 71-68, Scott Langley 70-69

140 - Justin Rose (ENG) 70-70, John Senden (AUS) 68-72

141 - Colt Knost 73-68, Martin Piller 69-72, James Hahn 70-71, Kevin Chappell 67-74, Patton Kizzire 72-69, Paul Casey (ENG) 70-71, Retief Goosen (RSA) 69-72, Lucas Glover

71-70, Brendan Steele 71-70, Harold Varner 72-69, Tim Wilkinson (NZL) 68-73

142 - Chris Stroud 70-72, Jeff Overton 71-71, Harris English 71-71, Jason Gore 72-70, Cameron Tringale 72-70, Francesco Molinari (ITA) 72-70, Boo Weekley 69-73, Graham DeLaet (CAN) 71-71, David Lingmerth (SWE) 71-71, Rory McIlroy (NIR) 73-69, Sean O'Hair 71-71

Berita Harian X