X
Sabtu, 9 April 2016 | 10:40am

Golf Masters: McIlroy hambat Spieth

JUARA bertahan Jordan Spieth.
JUARA bertahan Jordan Spieth.

RORY McIlroy.
RORY McIlroy.

LOS ANGELES: Juara bertahan Jordan Spieth mudah menyempurnakan pukulan putt sejauh 14 kaki di lubang ke-18 untuk mengekalkan kelebihan satu pukulan ke atas pencabar Rory McIlroy selepas berakhir pusingan kedua Masters, sebentar tadi.

Kedua-dua pemain bintang itu terpaksa bertarung hebat dalam keadaan cuaca berangin di lapangan Augusta National, malah cuaca sejuk menyebabkan pertempuran mereka menjadi lebih mendebarkan.

"Saya sangat gembira dengan pukulan keseluruhan hari ini dan cara saya berjuang," kata McIlroy. "Dan saya akan cuba mengekalkannya sekali lagi esok kerana pertarungan pasti berlaku dalam keadaan sama (berangin)."

Spieth yang bergelut apabila menamatkan hari kedua dengan dua di atas par 74, membenam bogey pada lubang ke-16 dan 17 untuk mengecilkan jurang kelebihan lima pukulan pada satu ketikanya kepada hanya satu pukulan dengan bintang Amerika Syarikat berusia 22 tahun itu kini mengumpul keseluruhan empat di bawah 140.

"Ia ujian mental. Ia pertarungan menarik," kata Spieth. "Saya masih terus mendahului. Saya tidak boleh merungut mengenainya."

Spieth sedang cuba menyamai pencapaian Tiger Woods, Jack Nicklaus dan Nick Faldo yang muncul satu-satunya pemain memenangi saingan Masters dua tahun berturut-turut.

"Esok akan menjadi lebih sukar jika saya mengambil kira keadaan berangin dan lapangan ini. Saya akan menggunakan pendekatan berbeza dengan lebih banyak bertenang."

Juara major empat kali McIlroy, yang cuba melengkapkan karier Grand Slam dengan menyambar Jaket Hijau, menutup cabaran sebentar tadi dengan 71 pukulan selepas melakukan birdie di lubang kelima, ke-15 dan 16 untuk merapatkan diri dengan Spieth. - AFP

Keputusan Hari Kedua:

140 - Jordan Spieth (USA) 66-74

141 - Rory McIlroy (NIR) 70-71

142 - Scott Piercy (USA) 70-72, Danny Lee (NZL) 68-74

143 - Hideki Matsuyama (JPN) 71-72, Soren Kjeldsen (DEN) 69-74, Brandt

Snedeker (USA) 71-72

144 - Dustin Johnson (USA) 73-71, Bryson DeChambeau (USA) 72-72, Daniel Berger (USA) 73-71, Sergio García (ESP) 69-75, Kiradech Aphibarnrat (THA)

72-72, Danny Willett (ENG) 70-74, Shane Lowry (IRL) 68-76

145 - Chris Wood (ENG) 72-73, Bernd Wiesberger (AUT) 73-72, Jason Day (AUS) 72-73, Bernhard Langer (GER) 72-73, J.B. Holmes (USA) 72-73, Brooks Koepka (USA) 73-72, Troy Merritt (USA) 74-71, Smylie Kaufman (USA) 73-72.

Berita Harian X