X
Sabtu, 19 March 2016 | 10:32am

Day masih pendahulu saingan Arnold Palmer

BINTANG golf Australia Jason Day. - Foto USA TODAY Sports
BINTANG golf Australia Jason Day. - Foto USA TODAY Sports

MIAMI: Bintang golf Australia Jason Day mencatat tujuh di bawah par 65 untuk mengekalkan status pendahulu dengan kelebihan dua pukulan ke atas Henrik Stenson selepas berakhir pusingan kedua acara Jemputan Arnold Palmer di Bay Hill, semalam.

Pemenang Kejuaraan PGA tahun lalu itu hadir pada acara itu sebagai persiapan mempertahankan gelaran saingan Master untuk tahun kedua berturut-turut dengan saingan di Augusta National itu akan mengambil tempat dalam tempoh tiga minggu saja lagi.

Pemain nombor tiga dunia, Day, merakam tiga birdie selepas mencatat 66 pukulan pada aksi pembukaan kelmarin, untuk meneruskan prestasi cemerlangnya di lapangan Orlando untuk sekali gus mengumpul keseluruhan 13 di bawah par 131.

"Ia adalah hebat untuk berada di sana," kata Day, yang pada mulanya memiliki kelebihan lima pukulan ketika menamatkan permainan hari kedua.

"Secara jujurnya persembahan saya lebih baik daripada biasa. Saya berjaya bermain dengan baik sejak dua hari lalu. Saya berpuas hati dengan corak permainan saya di atas lapangan ini."

Stenson ketinggalan lapan pukulan apabila mula melakukan tee-off kemudian pada semalam, tetapi mendaki kedudukan dengan drastik selepas mencatat 66 pukulan.

Pemain England Justin Rose turut melakukan catatan sama yang menyaksikan dia sekadar tiga pukulan di belakang pendahulu dengan 10 di bawah par 134. - AFP

Keputusan Hari Kedua

131 - Jason Day (AUS) 66-65

133 - Henrik Stenson (SWE) 67-66

134 - Justin Rose (ENG) 68-66

136 - Jamie Lovemark 68-68, Troy Merritt 67-69, Kevin Chappell 68-68, Derek Fathauer 70-66

137 - Paul Casey (ENG) 68-69, Marc Leishman 67-70, Brendan Steele 67-70

138 - K J Choi (KOR) 68-70, Jason Kokrak 70-68, David Hearn (CAN) 71-67, Chris Wood 69-69, Rob Oppenheim 70-68

Berita Harian X