X
Jumaat, 18 March 2016 | 10:15am

Day dahului golf Jemputan Arnold Palmer

PEMAIN nombor tiga dunia, Jason Day. - Foto AFP
PEMAIN nombor tiga dunia, Jason Day. - Foto AFP

MIAMI: Pemain nombor tiga dunia, Jason Day dari Australia mencatat enam di bawah par 66 untuk kelebihan satu pukulan bagi mendahului pusingan pertama golf Jemputan Arnold Palmer PGA Amerika Syarikat (AS).

Pemain berusia 18 tahun itu dua kali bangkit selepas terkeluar daripada carta pendahulu di Bay Hill Orlando, Florida dan menjatuhkan bola dari jarak 10 kaki di lubang 18 untuk mendahului saingan.

"Ia adalah salah satu hari yang semuanya berjalan dengan lancar. Jika kamu bersemangat, kamu boleh memberikan diri kamu peluang di green, saya bermain dengan baik," kata Day.

Day yang meraih gelaran major pertamanya pada Kejuaraan PGA tahun lalu mendahului saingan yang turut menyaksikan penampilan beberapa bintang utama termasuk rakan senegara, Adam Scott yang memburu gelaran ketiga, selain Marc Leishman, Henrik Stenson Troy Merritt dan Brendan Steele.

Pemain ranking kelapan dari England, Justin Rose yang melakukan eagle dari jarak 112 meter di lubang ketiga dan kemudiannya melakukan satu lagi eagle dari jarak 20 kaki di lubang 16 berkongsi kedudukan di tempat ketujuh.

"Saya melakukan pukulan yang sangat baik dari jarak 112 meter. Ia adalah bonus buat saya," katanya. - AFP

Berita Harian X