Jumaat, 11 March 2016 | 3:05pm

Spieth berhempas pulas saingan Valspar

JAGUH golf nombor satu dunia, Jordan Spieth. - Foto AFP
JAGUH golf nombor satu dunia, Jordan Spieth. - Foto AFP

MIAMI: Jaguh golf nombor satu dunia, Jordan Spieth hanya mampu merenung jauh apabila mungkin akan sekali lagi gagal melepasi cut buat kali kedua dalam kempen 2016 selepas merakam lima di atas par 76 pada pusingan pembukaan Kejuaraan Valspar, awal pagi tadi.

Juara bertahan itu, yang gagal melepasi cut pada Terbuka Northern Trust di Los Angeles bulan lalu, mengalami detik sukar di Resort Innisbrook untuk menamatkan aksi jauh ketinggalan di belakang.

Spieth, yang bergelut untuk bermain dalam keadaan cuaca berangin, membenam enam bogey dan satu birdie dan perlu melakukan sesuatu yang ajaib di pusingan kedua sekiranya mahu meneruskan cabaran hingga hari terakhir.

"Ia adalah hari yang sukar, saya tidak melakukan pukulan di atas green dengan baik," kata Spieth, yang gagal merakamkan kebangkitan selepas permulaan buruk termasuk lima bogey dan satu birdie dalam tujuh lubang pertama.

Spieth kini ketinggalan sembilan pukulan di belakang Keegan Bradley dan Ken Duke, yang mencatat empat di bawah par 67 untuk berkongsi kedudukan pendahulu pusingan pertama. - AFP

Keputusan Hari Pertama

67 - Keegan Bradley, Ken Duke, Charles Howell III

68 - Chesson Hadley

69 - Charley Hoffman, Greg Yates, Chez Reavie

70 - Daniel Berger, Jamie Lovemark, Matt Every, Brian Harman, Danny Willett (ENG), Jerry Kelly, Brandon Hagy, Scott Brown, Jonas Blixt (SWE), Ryan Moore, Retief Goosen (RSA), Webb Simpson, Martin Kaymer (GER), Danny Lee (NZL), Will Mackenzie, Cameron Smith (AUS), Tyler Aldridge

71 - David Hearn (CAN), Troy Merritt, Steve Stricker, Charl Schwartzel (RSA), Brendon Todd, Ryan Palmer, Patrick Reed, Bill Haas, Henrik Stenson (SWE), Chad Campbell, Daniel Summerhays, Kyle Reifers, John Huh, Mark Hubbard, Brett Stegmaier, Noh Seung-Yul (KOR), Matt Kuchar, Blayne Barber, Patton Kizzire, Francesco Molinari (ITA), Hiroshi Iwata (JPN)

Berita Harian X