Sabtu, 27 Februari 2016 | 11:29am

Fowler dahului golf Honda Classic

RICKIE Fowler. - Foto AFP
RICKIE Fowler. - Foto AFP

MIAMI: Bintang nombor lima dunia, Rickie Fowler merakam satu lagi pukulan tanpa bogey empat di bawah par 66 untuk menyambar kedudukan pendahulu pusingan kedua Jelajah PGA AS Honda Classic, sebentar tadi.

Satu lagi catatan baik oleh Fowler empat di bawah par di atas lapangan Champion di PGA National Palm Beach Gardens, Florida, membolehkannya mengumpul keseluruhan lapan di bawah par 132, untuk satu pukulan mengatasi rakan senegaranya Jimmy Walker yang menutup cabaran juga dengan skor pukulan sepusingan sama.

"Hayunan saya berada pada tahap terbaik ketika ini," kata Fowler, yang memulakan musim ini dengan cemerlang termasuk kemenangan di Abu Dhabi dan tewas pada aksi play off kepada Hideki Matsuyama di Phoenix.

Pendahulu bersama pusingan pertama, Sergio Garcia yang beraksi satu kumpulan bersama Fowler, mencatat satu di bawah par 69 untuk keseluruhan 134 pukulan.

Lapangan yang direka Jack Nicklaus - menawarkan ujian getir di lubang ke-15, 16 dan 17 - nyata tidak membawa tuah buat Rory McIlroy yang berdepan penyingkiran lebih awal untuk tahun kedua berturut-turut selepas mencatat dua di atas par 72 hasil kecuaian tiga bogey berganda di lubang kelima.

Mencatat empat di atas par 144 selepas dua pusingan, McIlroy kini menduduki kumpulan pemain yang tidak melepasi cut. - AFP

Berita Harian X