Ahad, 21 Februari 2016 | 9:37am

Watson dahului Terbuka Northern Trust

Bubba Watson.
Bubba Watson.

PACIFIC PALISADES, California: Bekas juara Bubba Watson meledak tiga birdie sepanjang lapan lubang terakhir untuk mendahului pusingan ketiga Terbuka Northern Trust dengan kelebihan satu pukulan di sini, semalam.

Pemain kidal dari Amerika Syarikat (AS) itu menggunakan kelebihannya memukul jauh dari kotak tee serta kreativiti di green untuk mencatat empat bawah par 67 di lapangan Kelab Country Riviera.

Muncul juara di sini pada tahun 2014, Watson melakukan lima birdie dan satu bogey untuk keseluruhan 12 bawah par 201, satu di depan rakan senegara Dustin Johnson, Chez Reavie dan pendahulu sebelumnya, Jason Kokrak.

Pemain nombor tiga dunia Rory McIlroy dua pukulan di belakang pendahulu pada 10 bawah par, sekelompok dengan Adam Scott dan Marc Leishman dari Australia, pemain Korea Selatan KJ Choi dan Kevin Chappell dari AS. - REUTERS

Keputusan:

201 - Bubba Watson 66-68-67

202 - Dustin Johnson 68-66-68, Jason Kokrak 68-64-70, Chez Reavie 66-67-69

203 - Kevin Chappell 68-69-66, K.J. Choi (KOR) 69-67-67, Adam Scott (AUS) 68-68-67, Marc Leishman (AUS) 68-67-68, Rory McIlroy (NIR) 67-69-67

204 - Hideki Matsuyama (JPN) 69-67-68, Troy Merritt 68-66-70

205 - Kang Sung-Hoon (KOR) 70-69-66, Brendan Steele 70-67-68

206 - J.B. Holmes 71-66-69, Justin Rose (ENG) 69-68-69, Ryan Moore 69-68-69, Steve Stricker 71-68-67, Justin Leonard 67-69-70

- AFP

Berita Harian X