Isnin, 8 Februari 2016 | 11:35am

Matsuyama juarai Terbuka Phoenix

HIDEKI Matsuyama merangkul kejuaraan Terbuka Phoenix Jelajah PGA Amerika Syarikat, hari ini. - Foto AFP
HIDEKI Matsuyama merangkul kejuaraan Terbuka Phoenix Jelajah PGA Amerika Syarikat, hari ini. - Foto AFP

LOS ANGELES: Pemain Jepun, Hideki Matsuyama menewaskan Rickie Fowler selepas mencatat par di lubang keempat pada aksi maraton penentuan playoff, sekali gus merangkul kejuaraan Terbuka Phoenix Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.

Bintang berusia 23 tahun itu meraih kejuaraan keduanya di jelajah AS dan memperbaiki kedudukannya selaku naib juara di belakang Brooks Koepka pada kejohanan sama tahun lalu dengan penampilan sulungnya di Terbuka Phoenix dua tahun lalu menyaksikan dia terikat di kedudukan keempat.

"Pengalaman yang hebat. Rickie membuka peluang kepada saya dan saya memanfaatkannya sebaik mungkin," kata pemain di ranking ke-19 dunia itu.

Matsuyama yang turut bergelar juara Memorial 2014 itu melakukan dua putt untuk memenangi playoff di lubang keempat - empat par - selepas hayunan Fowler berakhir ke dalam kolam.

Kedua-dua pemain itu mencatat empat bawah 67 untuk mengikat kedudukan 14 bawah 270 pada kejohanan terbabit.

Matsuyama yang menang enam kali pada Jelajah Golf Jepun mengakui tidak tertekan meskipun keseluruhan penyokong bersorak untuk Fowler.

"Mereka memang menyokong Rickie, bukankah begitu? Tetapi mereka memberi saya motivasi untuk melakukan lebih baik dan akhirnya kemenangan milik saya," katanya.

Keputusan:

270 - Hideki Matsuyama (JPN) 65-70-68-67, Rickie Fowler 65-68-70-67

272 - Harris English 68-67-71-66

273 - Danny Lee (NZL) 67-66-67-73

274 - Boo Weekley 71-68-65-70

275 - Will Wilcox 68-73-69-65, Shane Lowry (IRL) 65-70-72-68, J.B. Holmes

73-67-68-67, John Huh 69-70-67-69, Bryce Molder 67-73-64-71

276 - Jon Curran 69-69-70-68, Ryan Moore 68-71-69-68, Phil Mickelson 69-71-65-71

277 - Bubba Watson 69-69-73-66, Zach Johnson 73-66-69-69, Webb Simpson 68-71-68-70

278 - Tyrone Van Aswegen (RSA) 68-70-72-68, Adam Hadwin (CAN) 73-68-69-68, Brendan Steele 72-67-70-69, K.J. Choi (KOR) 72-70-69-67, Chad Campbell

68-68-72-70, Patrick Rodgers 71-69-69-69, James Hahn 67-65-74-72

279 - Keegan Bradley 68-69-73-69, Ben Crane 68-70-72-69, Ryan Palmer 70-70-71-68, William McGirt 69-67-73-70, Billy Horschel 73-68-70-68, Colt Knost 69-69-70-71, Charles Howell 70-69-68-72, Matt Every 70-69-68-72, Kevin Na 68-71-68-72. - AFP

Berita Harian X