Sabtu, 6 Februari 2016 | 12:37pm

Fowler kongsi kedudukan pendahulu golf Terbuka Phoenix

PEMAIN nombor empat dunia, Rickie Fowler. - Foto AFP
PEMAIN nombor empat dunia, Rickie Fowler. - Foto AFP

LOS ANGELES: Pemain nombor empat dunia, Rickie Fowler, bersama wakil Jepun, Hideki Matsuyama dan jaguh Ireland, Shane Lowry, berkongsi kedudukan pendahulu sebaik berakhir pusingan pertama golf Terbuka Phoenix PGA Amerika Syarikat (AS), di sini, semalam.

Fowler dari AS yang masih segar dengan kemenangan di Abu Dhabi, pada bulan lalu menyertai Matsuyama dan Lowry dengan melakukan enam bawah par 65.

Ketiga-tiga mereka berjaya menamatkan permainan sebelum perlawanan dihentikan selepas beberapa kali ditangguhkan akibat salji.

Pemain India, Anibar Lahiri, berada di tempat keempat dengan melakukan 66 pukulan selepas 18 lubang.

Seorang lagi pemain AS, Bryce Molder, yang memulakan permainan dengan bogey ketinggalan satu pukulan berkongsi kedudukan dengan rakan senegaranya, Gary Woodland, Brooks Koepka, James Hahn dan Brandt Snedeker.

Catatan sama turut dikongsi pemain England, Greg Owen dan pemain New Zealand, Danny Lee. - AFP

Berita Harian X