Isnin, 18 Januari 2016 | 12:54pm

Gomez kecewakan Snedeker pada penentuan playoff

FABIAN Gomez memperagakan trofi kemenangan apabila menjuarai Terbuka Sony pada Jelajah PGA Amerika Syarikat, di Honolulu, Hawaii. - Foto AFP
FABIAN Gomez memperagakan trofi kemenangan apabila menjuarai Terbuka Sony pada Jelajah PGA Amerika Syarikat, di Honolulu, Hawaii. - Foto AFP

LOS ANGELES: Pemain golf Argentina, Fabian Gomez melakukan birdie pada lubang playoff kedua hari ini, sekali gus mengecewakan Brandt Snedeker untuk memenangi Terbuka Sony pada Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) di Honolulu, Hawaii.

Kemenangan di Kelab Golf Waialea Country itu adalah gelaran kedua Jelajah PGA buat Gomez yang menamatkan pusingan terakhir dengan catatan 62 untuk keseluruhan 20 bawah par 260 yang mengheret permainan ke penentuan playoff.

Sebelum pusingan terakhir, Gomez, 37, begitupun ketinggalan satu pukulan di belakang pendahulu Snedeker dan Zac Blair lantas bangkit dengan melakukan tujuh birdie berturut-turut.

Sekalipun permainan cemerlangnya terhenti di lubang ke-13 dan 14 kerana bogey, Gomez kembali mencatat birdie pada dua lubang berikutnya, sekali gus membawa Snedeker yang menamatkan pusingan terakhir dengan empat bawah par 66 ke penentuan playoff.

Selepas playoff pertama di lubang ke-18 berkesudahan tanpa pemenang, mereka kembali mengharungi playoff kedua yang menyaksikan Snedeker gagal melakukan birdie pada jarak 3 meter.

Blair yang memburu gelaran Jelajah PGA AS pertama menduduki tempat ketiga selepas menamatkan pusingan terakhir dengan catatan 67 dengan keputusan keseluruhan 19 bawah par 261. - AFP

Keputusan golf Terbuka Sony Jelajah PGA AS

1. Fabian Gomez (ARG) 69 64 65 62 (-20) - Menang Playoff

2. Brandt Snedeker (AS) 63 65 66 66 (-20)

3. Zachary Blair (AS) 65 65 64 67 (-19)

4. Kim Si-Woo (KOR) 64 67 65 68 (-16)

5. Kevin Kisner (AS) 63 66 66 70 Greg Owen (GBR) 69 65 67 64 (-15)

6. Jamie Lovemark (AS) 67 69 65 65 Graham DeLaet (CAN) 73 62 65 66 (-14)

7. Jerry Kelly (AS) 65 66 69 67 Hudson Swafford (AS) 66 69 65 67 Zach Johnson

(AS) 64 66 70 67 Jason Dufner (AS) 67 67 65 68 (-13)

8. Webb Simpson (AS) 67 67 65 69 Jimmy Walker (AS) 69 68 65 66 David Lingmerth (SWE) 65 71 68 64 Scott Piercy (AS) 65 66 71 66 Charles Howell III (AS) 64 69 67 68 Harold Varner III (AS) 69 68 66 65 Ryan Palmer (AS) 66 67 67 68 Tim Clark (RSA) 66 69 65 68 Brian Harman (AS) 68 69 66 65 Matt Kuchar (AS) 71 66 62 69 William McGirt (AS) 69 65 68 66 Daniel Summerhays (AS) 67 65 70 66 Kyle Stanley (AS) 68 66 70 64 Morgan Hoffmann (AS) 63 68 72 65 Gary Woodland (AS) 66 67 66 69 (-12)

Berita Harian X