Isnin, 11 Januari 2016 | 11:48am

Spieth menang bergaya di Hawaii

JORDAN Spieth merangkul gelaran Kejohanan Golf Juara-Juara Hyundai di Hawaii, sebentar tadi. - Foto AP
JORDAN Spieth merangkul gelaran Kejohanan Golf Juara-Juara Hyundai di Hawaii, sebentar tadi. - Foto AP

LOS ANGELES: Jordan Spieth menepati statusnya sebagai pemain nombor satu dunia apabila merangkul gelaran Kejohanan Golf Juara-Juara Hyundai di Hawaii sebentar tadi dengan kelebihan lapan pukulan selepas pada satu ketika mendapat tentangan awal juara bertahan, Patrick Reed.

Turun beraksi di atas lapangan Kapalua Plantation, Spieth dari Amerika Syarikat (AS) menampilkan permainan sempurna untuk mencatat enam-bawah par 67 untuk menyambar gelaran ketujuh Jelajah PGA, menyamai pencapaian Tiger Woods yang merakam jumlah kemenangan itu sebelum usianya menginjak 23 tahun.

Bintang berusia 22 tahun itu mengetepikan cabaran 32 pemain elit lain dengan membenam tujuh birdie sambil diimbangi satu bogey untuk mengumpul keseluruhan 30-bawah par 262.

Dia muncul pemain kedua menamatkan acara 72 lubang Jelajah PGA itu di bawah catatan 30-bawah par ataupun lebih, mengikuti jejak langkah bintang Afrika Selatan Ernie Els yang menjuarai kejohanan itu pada 2003 dengan catatan 31-bawah par.

Reed mengecilkan kelebihan Spieth yang juga rakan senegaranya kepada tiga pukulan selepas membuat permulaan yang baik pada pusingan akhir tetapi dia mula kehilangan rentak dan hanya melakar catatan 3-bawah par 69 untuk ketinggalan jauh lapan mata di belakang Spieth. - Reuters

Keputusan

262 - Jordan Spieth 66-64-65-67

270 - Patrick Reed 65-69-67-60

271 - Brandt Snedeker 67-72-65-67, Brooks Koepka 69-68-63-71

272 - Rickie Fowler 69-67-69-67

275 - Padraig Harrington (IRE) 70-68-70-67, Peter Malnati 71-66-69-69, Fabian Gomez (ARG) 68-66-70-71

276 - Kevin Kisner 69-65-71-71

277 - Jason Day (AUS) 70-73-69-65, Bubba Watson 69-68-73-67, Dustin Johnson

73-67-68-69, Steven Bowditch (AUS) 69-67-69-72, Jimmy Walker 70-71-64-72

278 - Smylie Kaufman 70-69-71-68, Danny Lee (NZL) 67-68-71-72, David Lingmerth (SWE) 71-71-66-70

280 - Troy Merritt 75-68-70-67, Emiliano Grillo (ARG) 71-73-70-66, Bill Haas 71-69-70-70

281 - Zach Johnson 75-69-70-67, Alex Cejka (GER) 72-72-69-68, Justin Thomas 70-73-69-69

283 - Scott Piercy 71-69-72-71, Chris Kirk 70-71-70-72, J.B. Holmes 67-76-68-72

284 - Russell Knox (SCO) 71-72-69-72

287 - Matt Every 70-68-78-71

288- Graeme McDowell (NIR) 75-70-72-71, Davis Love 75-72-71-70

295 - J.J. Henry 77-74-73-71, James Hahn 76-76-74-69

Berita Harian X