Isnin, 16 November 2015 | 11:13am

Park menang golf LPGA Lorena Ochoa

PEMAIN Korea Selatan, Park In-Bee merangkul kejuaraan LPGA Lorena Ochoa Invitational di Mexico City. - Foto AP
PEMAIN Korea Selatan, Park In-Bee merangkul kejuaraan LPGA Lorena Ochoa Invitational di Mexico City. - Foto AP

MECXICO CITY: Catatan birdie berganda membantu pemain Korea Selatan, Park In-Bee merangkul kejuaraan LPGA Lorena Ochoa Invitational di sini, pada Ahad.

Pemain berusia 27 tahun itu mencatatkan 64 untuk keseluruhan 18 di bawah 270, sekali gus menang dengan kelebihan tiga pukulan ke atas pesaing terdekatnya, Carlota Ciganda bagi meraih kejuaraan kelima tahun ini.

Ciganda dari Sepayol mencatatkan sembilan di bawah 63 manakala Kim Sei-Young menduduki tangga ke-3 dengan ketinggalan lima pukulan.

'Ia hampir hari yang sempurna buat saya," kata Park. " Saya tidak melakukan banyak kesilapan dan mampu memberi fokus kepada permainan," .

Park perlu berada sekurang-kurangnya di tempat kelapan atau lebih baik dari itu untuk terus kekal dalam senarai Anugerah Pemain Tahunan 2015.

Dia kini meletakkan sasaran untuk meraih gelaran berkenaan dan bagi mencapainya, dia perlu merampas kedudukan nombor satu dari pemain New Zealand, Lydia Ko. - AFP

Berita Harian X