Sabtu, 31 Oktober 2015 | 5:32pm

Thomas, Steele berkongsi pendahulu pusingan ke-3 CIMB Classic

PEMAIN AS, Brendan Steele. - Foto AP
PEMAIN AS, Brendan Steele. - Foto AP

KUALA LUMPUR: Dua pemain Amerika Syarikat, Justin Thomas dan Brendan Steele berkongsi sebagai pendahulu selepas mengumpul 20 bawah par 196 selepas pusingan ketiga saingan kejohanan Golf CIMB Classic 2015, hari ini.

Pada kejohanan berlangsung di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur di Bukit Kiara, di sini, Thomas melakukan lapan birdie, dan dua bogey pada lubang kelapan dan ke-16 untuk lima bawah par 67, selepas mencatat 61 dan 68 pada dua pusingan pertama.

Steele pula melakar enam bawah par 66 pada pusingan ketiga, selepas mencatat 63 dan 67, pada dua pusingan sebelumnya.

Pemain yang menduduki tempat ketiga dengan ketinggalan satu pukulan adalah seorang lagi pemain Amerika Syarikat, Kevin Na.

-- BERNAMA

Berita Harian X